Biodata Kekasih Allah ♥Muhammad S.A.W♥





Nama
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir 
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi 
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)


Tempat lahir  
 Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.


Nama bapa  
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.


Nama ibu
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.


Pengasuh pertama
Barakah Al-Habsyiyyah~digelar Ummu Aiman. 
Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).


♥Ibu susu pertama♥
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).


♥Ibu susu kedua♥
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah
 (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

♥ Isteri-isteri RASULULLAH SAW♥
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.

Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
 Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
 Maimunah Binti Harith.
ÂSafiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


♥Anak-anak RASULULLAH SAW♥
1. Qasim
2.. Abdullah

3.. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


♥Anak Tiri RASULULLAH SAW♥
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi 
(anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda)..

♥IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN♥
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

♥SAUDARA SUSUAN♥
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


♥BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW♥
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.




♥USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


♥USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '

 (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah)


Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.






♥USIA 8 TAHUN

 Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.


Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.





♥USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..


Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) 
telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang

pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.




♥USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , 
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah

14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari 
dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.


Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk 
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.




♥USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan 
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah dan ditemani oleh Maisarah;
 lelaki suruhan Khadijah.


 Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya 
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk

meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.


Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.




♥USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah dan Pembinaan 
semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.


 Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke 
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan

batu tersebut.




♥USIA 40 TAHUN

 Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


♥USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.



USIA 63 TAHUN

 Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada 
hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.







Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." 

                                                                                                                 (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )






2 comments:

Ieda Sefie said...

good info....mohon share ^^

Ummul Jannah said...

sila2..sebar2kan pd kwn2 len yea ^___^